Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

Tips untuk menekel awek dari orang yang tak reti bercinta

Aku memang tak reti bercinta. Dalam seumur hidup aku, aku pernah bercinta yang dibalas sekali dan cinta yang tak dibalas sekali. Tetapi, aku selalu perhatikan mereka yang sedang bercinta. Aku gak selalu perhatikan member2 aku yang baru nak tekel awek. Jadi berdasarkan pengalaman aku, aku ingin menyampaikan amanat kepada mereka2 yang lonely seperti aku satu masa dulu supaya jangan putus asa.Jangan putus harapan.
Ini adalah langkah2 yang perlu diambil oleh anda :


1. Aim lower!

Semua lelaki nakkan wanita yang fabulous ala-ala Intan Ladyana dan masalahnya bila nak tekel awek,anda pegi carik awek yang iras2 Intan Ladyana.Salah tu!

Teknik yang betul adalah membina perasaan konfiden dalam diri anda untuk bercakap dengan kaum hawa.Aku mulakan latihan aku dengan flirting2 dengan Kakak food court MMU dulu atau mana-mana makcik/adik cleaner yang ada.Ini untuk membiasakan anda bercakap dengan gadis.Bila anda mendapati wujudnya tanda2 flirting anda dibalas,maksudnya anda sudahpun berjaya untuk ke tahap yang seterusnya.Masa aku dulu,training aku ikut peringkat macam ni :
Kakak food court> Makcik Guard> Awek yang pakai spect kat Mek Siam

Percayalah cakap aku,jika kita aim lower,kita akan hilang rasa gugup untuk menekel awek.

2. Cuba tekel pondan/lelaki

Jika perempuan mengatakan seorang lelaki itu sangat kacak,itu adalah perkara biasa.Tapi,katakanlah,jika lelaki lain mengatakan anda kacak,itu bermaksud anda memang sangat hensem sebab itu dah melawan arus normal.Jika mahu pengiktirafan yang lebih tinggi,cuba buatkan kawan baik anda yang normal dan sama jantina jatuh cinta dengan anda.

Kalau anda berjaya buatkan seorang lelaki normal suka kepada anda,sudah tentulah tiada masalah bagi anda untuk cuba mengorat gadis-gadis di jalanan.

3. Fahami pepatah ini,"Cinta itu buta" dan "cinta tak mengenal rupa"

Jika anda betul-betul mengerti maksud pepatah ini,sudah pastilah anda sedar,perempuan mahukan lelaki idaman mereka tetapi bila berkata mengenai cinta,perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki macam mana yang diorang dapat.Walaupun anda tidak mempunyai rupa yang ala-ala Brad Pitt atau Jehan Miskin,tidak mengapa,jangan risau,fahami pepatah itu sedalam-dalamnya dan sudah pasti akan timbul keyakinan dalam diri anda.

Satu aje pesanan aku! Jangan sesekali anda menyedapkan hati member2 anda yang mengalami masalah mendapatkan cinta dengan pepatah di atas kerana jika pepatah itu sebutkan oleh seorang lelaki kepada lelaki lain,atau oleh seorang perempuan kepada perempuan yang lain,ini akan melukakan hati mereka dan mungkin juga melukakan bibir anda.

4. Belajar Menjadi Seorang Yang Tidak Disukai Lelaki Lain

Mungkin kurang jelas maksud aku tu,tapi cuba tengok dalam circle kawan2 anda,mesti ada seorang dua member lelaki yang kalau buat lawak,semua perempuan gelak tetapi anda merasakan lawak tu sebenarnya sangat2 bangang,ada kan?

Katakanlah,ada 12 orang,6 lelaki,6 perempuan lepak sekali.Kemudian salah seorang member lelaki anda itu membuat lawak dan semua gadis2 manis itu tergelak berguling-guling padahal member2 lelaki yang selebihnya sependapat dengan anda,lawak tu takde kualiti langsung dan anda merasakan anda best sebab anda sependapat dengan geng-geng lelaki anda yang maskulin gila.Apakah kelebihan lelaki itu berbanding geng anda yang macho itu?Kelebihan dia,dia satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan member2 perempuan anda bergelak ketawa tapi anda?

Walaupun anda merasakan bila anda berada dalam kumpulan majoriti menunjukkan anda best tetapi perempuan mudah tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa.Jadi,turunkan ego anda dan cuba belajar lawak2 yang disukai oleh perempuan kerana anda perlu sedar,lawak2 yang disukai oleh golongan lelaki sangat2 lah tidak disukai oleh kaum perempuan sebab lawak kita kasar gila.

Cubalah sekali,ketepikan perasaan geng2 lelaki anda dan cuba tarik perhatian kaum hawa dengan lawak2 pasal anak kucing,baby atau handbag.Jangan hiraukan pandangan geng2 lelaki anda.

5. Cuba belajar menjadi romantis

Ini adalah benda yang paling susah hendak dibuat oleh aku sebab jiwa aku yang keras dan kasar ini membuatkan aku selalu mencarut keseorangan bila teringat balik ayat2 cinta dan kasih yang pernah aku luahkan untuk memikat si dia.Selain itu,pandangan member2 aku yang memandang serong kepada geng2 jiwang kaki gayut telefon sehinggakan suara pun bertukar lembut dan manja membuatkan aku geli nak belajar menjadi seorang lelaki yang sesuai untuk bercinta.

Pedulikkan pandangan rakan sebaya anda yang menggelarkan anda mat jiwang atau mat bunga.Cuba latih diri anda untuk menuturkan frasa2 romantik seperti "Saya sayang awak" atau "I miss u" di depan cermin sehinggalah anda merasa tidak wujud langsung perasaan malu ketika berbuat demikian.

Cara yang paling baik untuk melembutkan jiwa anda adalah dengan menonton filem2 komedi romantis seperti "You've Got Mail","Sleepless in Seattle","When Harry Met Sally" atau apa-apa filem yang ada nama Meg Ryan satu masa dulu.Jika anda mahukan rujukan filem yang lebih funky dan muda,sila tonton "10 Things I Hate About You" dan tengok macam mana perubahan watak Heath Ledger (RIP) dalam filem tu,daripada seorang yang berfikiran "GIRL SUCKS" bertukar kepada seorang mat jiwang yang berbunga-bunga.

..........

Satu masa dulu aku dan 2 orang member aku menggunakan frasa "Girl Suck" setiap kali nampak member kitorang bergayut dengan awek.

Bila difikir-fikirkan balik sekarang ni,perempuan itu tidak suck.Sepatunya ayat tema kitorang berbunyi "Girl Hate Us Because We Sucks". Sebab ego punya pasal (dan takde awek nak kat kitorang) membuatkan kitorang menipu diri sendiri mengatakan Girl Suck.Padahal kitorang yang tak indah di mata perempuan.Jadi,tunggu apa lagi,tingkatkan keyakinan diri anda dan belajarlah menjadi romantis dan caring,sebab itu aje cara untuk anda mendapatkan bakal teman hidup anda.

Jangan ego untuk berubah.Ganas2 macam mana pun,balik rumah anda makan nasik jugak.


                                                     tolong jangan contohi kartun di atas ini




source-cursingmalay.blogspot.com

Women

Be careful if you make a women cry because God counts her tears.
A women came out of the rib of man, not his feet to be walked on, nor his head to be superior over; she came from his side to be his companion, under his arm to be protected, and next to his heart to be be loved.

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?

Aku pernah ditanya kawan aku,"Tak malu ke couple dengan perempuan yang  pakai tudung labuh,baju kurung je setiap masa?Kau tak rasa segan ke dengan kawan2 kau nanti.Dah la kau dipenuhi dengan orang2 tak berapa reti pakai baju? "

Aku tak berapa reti nak yakinkan dia masa tu yang aku takde rasa malu apa-apa pun.Jadi,aku menulis artikel ni untuk cuba mengolah alasan dan idea yang boleh aku gunakan untuk meyakinkan dia.

Sebagai seorang lelaki yang normal dan kadangkala abnormal,aku selalu membuka mata aku LUAS2 bila aku berjalan.Tujuan aku membuka mata luas2 apabila berjalan adalah kerana aku suka melihat lurah dada yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling.Apatah lagi bila yang menunjukkannya adalah gadis Melayu kerana pada pandangan aku yang sangat konservatif,gadis Melayu terkenal dengan adab sopan dan gaya yang suci murni,membuatkan agak susah untuk melihat dada gadis-gadis Melayu.

Tetapi kini idak lagi,aku tidak lagi perlu membuka mata luas2.Kadang-kadang apabila mata aku tidak ingin melihat tubuh gadis Melayu,akan adalah seorang dua gadis Melayu yang berpakaian agak menjolok mata tiba-tiba muncul di depan mata aku.Seolah-olah syaitan tahu benar keinginan tersembunyi aku.Selalunya bila muncul gadis2 Melayu yang seksi di depan mata aku,kebiasaannya akan adalah teman lelakinya yang bergaya agak stylo ala-ala pengunjung kelab malam,dengan rambut berwarna emas dan rantai,gelang yang sangat bling-bling.

Dan lelaki itu tersenyum bangga mempamerkan gadis yang rapat dipeluk pinggangnya.

Naluri aku yang sentiasa suka mencari gaduh akan pantas merayap ke dada atau peha gadis itu membuatkan teman lelakinya perasan lalu merenung aku.Marah muncul di muka,hilang riak bangga di bibir tadi.

Apa kebangang nya sifat kau itu mangkuk?

Kalau ikut sifat aku,aku pun nak gadis yang SUPER SEKSI sebagai peneman hidup.Aku pun tentu akan rasa gembira jika tahu teman wanita aku mempunyai ukuran badan 34DD - 24 - 26.Tapi itu semua untuk aku.Bukan untuk pandangan umum.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal tadi,semua lelaki mahu wanita istimewa mereka seksi.Tetapi mereka marah apabila ada mata-mata pervert yang menjeling ke arah tubuh teman mereka?

Kenapa nak marah?Kau yang bagi dia tunjuk!

Jika anda,seorang wanita dan malangnya,menjadi isteri aku,aku akan pastikan :

1. Bila anda keluar rumah,JANGAN HARAP ANDA BOLEH MEMBUKA AURAT

2. Tudung di pakai untuk cover muka dan DADA.Bukan untuk dilit dekat bahu.JATUHKAN TUDUNG ANDA dan TUTUP BUAH DADA ANDA sebab itu untuk aku dan baby kita nanti.

3. Segala pakaian yang menampakkan tubuh,ketat dan mampu merangsangkan nafsu hanyalah boleh dipakai kemudian dilihat oleh aku dan aku sahaja.

4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

5. Segala perbuatan seksi,manja,geli,pervert,romantik dan segala-galanya yang berkaitan hanyalah boleh dilakukan di depan mata aku.

6. Last sekali,biasa2 kan lah pakai baju kurung bila keluar.Baju kebaya adalah diharamkan apabila keluar dari rumah,sebab aku suka tengok perempuan pakai baju kebaya.

7. Kenapa nak malu pakai tudung labuh?Kenapa nak malu pakai baju kurung?Takde sebab seseorang perempuan itu perlu rasa malu bertudung.Ada sesetengah perempuan yang jumpa,asalannya tak pakai tudung adalah sebab PANAS.Tudung mesti setiap masa di kepala.Bila dah masuk rumah dan kunci pintu,tutup tingkap,nak bukak tudung bukak lah.Nak bukak semua pun lagi digalakkan.Nak sidai baju kat luar?Pakai tudung!

Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?




source- cursingmalay.blogspot.com

Wednesday, December 22, 2010

The One? Drama je tuuu

Jika seseorang itu terlalu terpengaruh dengan filem atau drama yang selalunya memaparkan adegan cinta dan rindu,sudah pastilah expectation orang itu akan melonjak-lonjak apabila ingin berpasangan.

Bila dijumpai seseorang yang berminat,mulalah di lihat luar dan dalam (maksud aku fizikal dan mental,bukan luar baju,dalam baju).Bila nampak sikit imperfections pada seseorang,habislah,hati mula rasa tak sedap.Aiseh,buah dada dia keciklah.Body tak bestlah.Muka tak macam Maya Karin,Jehan Miskin.Muscle kurang,gemok,boroi,perut berlemak,lengan ada sellulite,perangai buruk,tak sama taste muzik,filem dan mcm2 lagi.Orang selalu tertanya2 "macam mana nak tahu dia tu the one?"

Entahlah.Aku tak pernah percaya ada "The One." Tapi aku percaya ada cara kita nak tau sama ada orang tu boleh hidup dengan kita ke tidak sampai ke tua.Mungkin hati boleh berubah bila2 tapi at least janganlah kahwin cerai 12 hari.Ada orang tanya aku,"mcm mana nak tau dia tu sesuai?" Aku lelaki,aku jawab ikut apa yang aku paham.

1. Terlalu menjaga penampilan sebelum kahwin?Setiap masa nak berlawa aje semasa keluar dating?Jangan amalkan.Sekali-sekala keluar lah dgn si dia dengan memakai pakaian yang super buruk,lihat reaksinya.Jika dia kansel nak keluar dgn anda sebab malu,toksah kahwin dengan dia.

2. Terlalu manis pertuturan adalah salah satu wabak yang perlu dielakkan sebelum berkahwin.Biasakan diri anda bergaduh.Jika ada benda yang kurang berpuas hati,cuba maki dia betul2.Jika dia boleh tahan dan masih lagi sayang anda,sila berkahwin dengan dia.Tapi bersedialah untuk dimaki balik lepas kahwin.Satu benda yang aku belajar dari sitkom Everybody Loves Raymond,dalam perkahwinan,kewujudan sifat benci antara satu sama lain adalah natural.Jangan takut untuk bencikan sesuatu mengenai pasangan anda dan masih menyimpan harapan semuanya akan menjadi sempurna.Sebab takkan wujud kesempurnaan langsung dalam perkahwinan.Gaduh2 mesti ada.Rasa nak lempang mesti ada.

3. Sekali-sekala cuba kentut depan dia.Jika tiba-tiba si dia muntah2 atau beredar pergi meninggalkan anda keseorangan,bayangkan bagaimana kehidupan anda nanti bersama dia.Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental.Anda perlu mencari seorang yang boleh bermain kentut-kentut dengan anda.

4. Sekali sekala,usha gadis lain atau jejaka lain.Lihat reaksi dia.Sebagai seorang lelaki MUSTAHIL anda tidak punya keinginan melihat cleavage atau punggung gadis lain.Seorang gadis yang dapat menerima teman lelakinya itu normal adalah seorang yang sihat dan sesuai untuk anda.Tetapi jika dengan membabi buta si dia memaki  hamun anda kerana anda terjeling punggung amoi jauhkan diri anda dari dia.Hubungan sesama manusia perlu normal.Perempuan akan gila tengok handbag dan kasut,lelaki akan gila tengok awek.Terima benda itu.Tapi kalau si dia tu pegi spank punggung wanita tu....kasutkan dahi dia.

5.Benda yang paling penting dalam menentukan sama ada orang itu sesuai dengan anda atau tidak adalah jika dia ,adapat menerima anda dalam keadaan asal.Maksud aku,bila anda tak make up atau pakai deodoran.apa reaksinya.Keluar dating adalah waktu yang indah kerana kedua2 pihak cuba berusaha menjadikan dating itu indah.Perempuannya make up,pakai cantik2 dan gaya pun penuh keayuan.Lelakinya pulak siap mandi dan shave,siap pakai perfume beratus-ratus.Tapi cuba kita buang semua tu dan hilangkan ilusi keindahan tu.Mampukah anda hidup dengan seseorang yang bau stokingnya jauh lagi indah dari ketiaknya?

6. Bagi gadis,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada lelaki itu "The One" atau tidak adalah dengan tidak membenarkan diri anda disentuh lelaki itu.Lihat reaksi dan tindakan dia.Anda sebagai gadis juga perlu kuat.Trust me,once you let a guy touch you,they can never stop.Once you sleep with a guy before getting married,you want more and more penis inside you.Hah!Lucah gila tapi betol.Sayangi vagina anda.Ia milik suami anda seorang.

7. Bagi lelaki,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada perempuan itu "The One" atau tidak adalah dengan meminta tangan gadis itu untuk dipegang.Jika dibenarkan oleh perempuan itu,jauhkan diri anda dari dia.Masalah dia sekarang,lelaki punya mentaliti mcm gampang.Sebelum kahwin nak awek untuk ringan2 dan easy.Bila nak kahwin nak carik awek yang baik-baik.Ini perangai gampang,jangan amalkan.

Kesimpulannya,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada si dia itu The One atau tidak adalah dengan meminta dia mengawal nafsu dan perasaan apabila bersama anda serta masih kekal menjadi dirinya sendiri.Secara teorinya benda itu sangat mudah untuk difahami tapi benda itu adalah yang paling susah untuk diaplikasi.

Good luck para kekasih



source-cursingmalay.blogspot.com

Tuesday, December 21, 2010

Apa Akan Berlaku di Internet Jika Anak Anda Mempunyai Sifat Ingin Tahu Mengenai Hubungan Kekeluargaan ?







dan apa pula akan berlaku bila anak-anak anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang buah-buahan tempatan?


source-cursingmalay.blogspot.com







Sunday, December 19, 2010

Tips untuk bangkit semula selepas putus cinta

Ok, semua orang tahu yang aku telah mendumpkan diri aku sendiri baru-baru ni. Sebenarnya aku agak bersyukur berbuat demikian kerana aku telah memperoleh beberapa kuasa baru (muahaha). Anyway, sebab ramai orang tanya camne nak mengubat hati frust bercinta,aku tak reti nak tulis mcm mana tapi aku tulis aje la secara generalnya mcm mana nak recover hati daripada perasaan frust.

1. Jangan biarkan diri anda berseorangan
Bila anda berseorangan,anda akan mudah terkenang kembali benda2 yang pernah berlaku

2. Buat sesuatu yang mengisi masa anda
Kritikal sewaktu sedang frust  adalah memastikan anda mempunyai sesuatu yang mampu mengisi masa anda.Tengok TV,tengok movie,kumpul setem dan sebagainya.

3. Fokus kepada kerja/study
Ini adalah salah satu cara yang paling banyak dipraktikkan ramai.Fokuskan kepada kemajuan kerja anda.Jika sebelum ini anda tidak gila pangkat atau kuasa,jadikan diri anda gilakan kuasa.Stayback dekat ofis.Masuk pilihanraya kampus.

4. Ubah cara hidup
Selepas bercinta dalam satu tempoh yang agak panjang,ada kemungkinan timeline hidup anda dah terbentuk rutin dia.Kalau selalunya pukul 11 malam anda telefon awek/boifren anda,apa kata tiap2 pukul 11 malam anda pegi merempit.

5. Sorok semua benda yang menggamit memori
Ada gambar dalam wallet?Dekat dinding?Dekat pintu?Dalam bilik air?Cabut semua,sorok.Ada nota2 cinta atau log chat dekat Facebook?Copy masuk notepad,sorok.

6. Un-Friend Dia Daripada Facebook
Susah nak melupakan seseorang bila tiap2 hari anda akan terbaca status update dia,jadi,buang dia drpd friend list anda.Add balik dia sebagai friend bila anda dah dapat boifren atau gelfren untuk menunjuk-nunjuk.

7. Ubah Identiti Lelaki/Wanita Idaman Anda
Jika sebelum ini anda mencari lelaki ala-ala Remy Ishak atau wanita macam Nora Danish,mungkin tiba waktunya anda menurunkan benchmark anda atau mungkin juga anda perlu sedar diri yang anda tidaklah sehebat mana seperti yang anda jangkakan.

8. Kurangkan membaca/tengok cerita cinta
Pegi tengok kedai buku,ada berapa ribu judul buku cinta.Masyarakat kita sangat2 menyukai benda mcm tu.Jika anda salah seorang daripada mereka yang suka dibuai mimpi itu,hentikan.

9. Dekatkan diri dengan keluarga dan Tuhan
Aku rasa aku tak perlu explain benda ni.

10 . Tengok "How I Met Your Mother"
Tengok lah sitcom tu.Ingat senang ke nak dapat isteri?Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda.

11. Ingat ayat ni,Tuhan Dah Tetapkan Jodoh Kita
Ingat dan yakin.





source-cursingmalay.blogspot.com

Saturday, December 18, 2010

2 Type Of Friends - Simple and Real




A simple friend has never seen you cry.
A real friend has shoulders soggy from your tears.
A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.
A simple friend brings a bottle of wine to your party.
A real friend comes early to help you cook and clean.
A simple friend hates it when you call after he has gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.
A simple friend seeks to talk with you about their problems.
A real friend seeks to help you with your problems.
A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it.
A simple friend, when visiting, acts like a guest.
A real friend opens your refrigerator and helps himself.
A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend knows that it's not a friendship until after you've had a fight.
A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

Monday, December 6, 2010

Goodbye My Lover



I think it's time for me to stop lying to myself and stop all these nonsense. I know that I am the only one that feel this so I really think that I need to put a full stop in this story. Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? But still, I admit that you really are a wonderful girl and have a great personality. You have your own aura that really attracts me. Aku akan anggap kenangan kita bersama sebagai titik permulaan aku untuk berubah menjadi lelaki yang berbaloi untuk dicintai. For now, aku tak rasa aku sedia untuk komitmen dan untuk menjaga mana-mana anak dara orang. That's all for today. Chiaoz

Saturday, December 4, 2010

Aku Hensem Ke Tak?

Aku tahu semua yang baca title terus "TAKKKK!!!" or "bapak sial mamat ni, muke cam Hugh Jackman lagi mau tanya". Tolong jangan salah sangka, memang bila aku tanya soalan ni kat orang ramai majoriti akan menjawab ya tapi post kali ni bukanlah untuk diri aku. Sebenarnya baru-baru ni banyak aku dapat soalan "aku hensem tak?" atau "aku ni lawa tak?" dan yang paling fraeky "nak tengok video toron menoron aku tak?" Memang susah untuk aku jawab soalan camni sebab aku takut akan menimbulkan kontrovesi (tak tahu eja betul ke tak but who cares, exam bm da habis xD ) Untuk post kali ni aku akan jawab satu soalan dulu iaitu "aku hensem ke tak" and for your own good, tolong la jangan tanya awek, bini atau mak anda soalan ni kerana jawapannya sudah tentu sangat2 fake. Berikut adalah tanda-tanda anda adalah seorang lelaki yang hensem

1. Gadis-gadis akan betulkan tudung atau rambut apabila berselisih dengan anda

Aku dah lame perhatikan perempuan bila diorang jumpa dengan lelaki yang agak hensem bagi aku. Bila aku keluar dengan member-member laki aku yang agak 'market' ada beberapa perempuan yang akan buat mende ni. Member-member perempuan aku sendiri pun mengaku bila diorang jumpa lelaki yang agak kacak tangan diorang akan automatik betulkan rambut atau tudung diorang.


2. Gadis-gadis tidak mampu mengalihkan pandangan diorang dari korang.

Tolong jangan jadi sangat bodoh sampai tunggu perempuan pandang ko selama 3 jam tanpa henti baru nak kata mende ni betul. 10 saat pon da cukup untuk membuktikan yang dia fikir korang tu hensem. Tapi jangan panding balik sebab lepas pandang sekali terus perempuan tu toleh tempat lain.


3. Lelaki akan kata anda hensem.

Peringatan. Tolong jangan pergi tanya member laki anda " Aku hensem ke tak" Bapak pedofil nya soalan tu. Kalau ada seoran yang korang tak kenal tetibe panggil anda hensem, itulah buktinya

4. Mintak kawan anda aturkan blind date dengan perempun yang random

Janji dengan dia jumpa kat mana2 tempat public.Bagitau dia anda akan pakai baju apa dan akan letak buku ke apa2 atas meja nak jadikan tanda.Datang awal setengah jam,duduk situ.Kalau selepas 2 jam anda menunggu sampai terlepas masa yang dijanjikan....terimalah hakikatnya.Perempuan boleh jugak buat benda ni.Tapi sebab skrg ni dah ada Facebook lah,Myspace lah,blind date dah agak susah nak dipraktikkan.


5. Anda diminati gay.


Diorang ni ada requirement yang agak tinggi sebelum meminati mana-mana lelaki.Jika anda terpilih,syabas!Sila pastikan anda berpegang teguh kepada sexual orientation asal anda.








                                                               So are you the hot?












                                                                Or the not?