17/10/10,Sunday
Hari yang memang memenatkan. It's Sunday but i woke up at 6:30 am. Pagi tu kami plan untuk mendaki Bukit Pelindung. Bukit Pelindung terletak di depan SMK Tengku Ampuan Afzan. Sebab kami ingin mendaki bukit ini adalah kerana berat badanku sudah meningkat sebanyak 5kg. Wah Imtiaz.... hebatnya. Ya aku tau, but what can i do. Orang panggil rumah aku ni 'Rumah Rezeki'. Hanya 7 orang yang mengikuti Kembara Ajaib ini. Hal ini membuktikan yang memang tak ramai kawan-kawanku yang selalu bangun untuk Solat Subuh kerana ramai yang memberikan alasan seperti "Aku penat" atau "Aku mana bangun lagi" ada juga alasan yang berbunyi "Aku nak pergi Pekan esok".
Untuk sampai ke puncak Bukit Pelindung anda perlu berjalan kaki sejauh 2 km. Perjalanan dimulakan dengan 4 ahli kerana 3 ahli lagi terlambat Solat Subuh. Disebabkan aku telah mindset yang bukit ini tidak mencabarkan aku dengan selambernye berlari menaik bukit tersebut. Namun pacutan itu tidak tahan lama, setelah 10 minit berlari aku terpaksa meminta geng-geng untuk berhenti di pondok rehat. Tetapi setelah aku dapat kuasa dari mp3 aku, dengan petahnya aku berjoging di bukit itu meninggalkan geng-geng yang lain. Setelah mendaki 1/2 dari bukit itu 3 dari ahli kami yang terlambat telah catch up dengan kami. Di dalam perjalanan kami telah bertemu dengan cikgu yang tercinta kami. Cikgu Zaini dan Cikgu Wong Lai Peng.
Setelah 30 minit berjalan, berlari dan berjoging. Kami telah tawan Bukit Pelindung. Suasana di puncak Bukit Pelindung adalah seperti di gambar atas tersebut. Ada pak cik tengah buat taichi kat atas tu. Wuohh. Ok that's all for now, nak kene gi sidai baju =.= ciaoz~
P/S: After that. Kitorang sume pergi makan kedai mamak. And I think... Semua makanan tu membuatkan all our efforts to waste
No comments:
Post a Comment