Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

Tips untuk menekel awek dari orang yang tak reti bercinta

Aku memang tak reti bercinta. Dalam seumur hidup aku, aku pernah bercinta yang dibalas sekali dan cinta yang tak dibalas sekali. Tetapi, aku selalu perhatikan mereka yang sedang bercinta. Aku gak selalu perhatikan member2 aku yang baru nak tekel awek. Jadi berdasarkan pengalaman aku, aku ingin menyampaikan amanat kepada mereka2 yang lonely seperti aku satu masa dulu supaya jangan putus asa.Jangan putus harapan.
Ini adalah langkah2 yang perlu diambil oleh anda :


1. Aim lower!

Semua lelaki nakkan wanita yang fabulous ala-ala Intan Ladyana dan masalahnya bila nak tekel awek,anda pegi carik awek yang iras2 Intan Ladyana.Salah tu!

Teknik yang betul adalah membina perasaan konfiden dalam diri anda untuk bercakap dengan kaum hawa.Aku mulakan latihan aku dengan flirting2 dengan Kakak food court MMU dulu atau mana-mana makcik/adik cleaner yang ada.Ini untuk membiasakan anda bercakap dengan gadis.Bila anda mendapati wujudnya tanda2 flirting anda dibalas,maksudnya anda sudahpun berjaya untuk ke tahap yang seterusnya.Masa aku dulu,training aku ikut peringkat macam ni :
Kakak food court> Makcik Guard> Awek yang pakai spect kat Mek Siam

Percayalah cakap aku,jika kita aim lower,kita akan hilang rasa gugup untuk menekel awek.

2. Cuba tekel pondan/lelaki

Jika perempuan mengatakan seorang lelaki itu sangat kacak,itu adalah perkara biasa.Tapi,katakanlah,jika lelaki lain mengatakan anda kacak,itu bermaksud anda memang sangat hensem sebab itu dah melawan arus normal.Jika mahu pengiktirafan yang lebih tinggi,cuba buatkan kawan baik anda yang normal dan sama jantina jatuh cinta dengan anda.

Kalau anda berjaya buatkan seorang lelaki normal suka kepada anda,sudah tentulah tiada masalah bagi anda untuk cuba mengorat gadis-gadis di jalanan.

3. Fahami pepatah ini,"Cinta itu buta" dan "cinta tak mengenal rupa"

Jika anda betul-betul mengerti maksud pepatah ini,sudah pastilah anda sedar,perempuan mahukan lelaki idaman mereka tetapi bila berkata mengenai cinta,perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki macam mana yang diorang dapat.Walaupun anda tidak mempunyai rupa yang ala-ala Brad Pitt atau Jehan Miskin,tidak mengapa,jangan risau,fahami pepatah itu sedalam-dalamnya dan sudah pasti akan timbul keyakinan dalam diri anda.

Satu aje pesanan aku! Jangan sesekali anda menyedapkan hati member2 anda yang mengalami masalah mendapatkan cinta dengan pepatah di atas kerana jika pepatah itu sebutkan oleh seorang lelaki kepada lelaki lain,atau oleh seorang perempuan kepada perempuan yang lain,ini akan melukakan hati mereka dan mungkin juga melukakan bibir anda.

4. Belajar Menjadi Seorang Yang Tidak Disukai Lelaki Lain

Mungkin kurang jelas maksud aku tu,tapi cuba tengok dalam circle kawan2 anda,mesti ada seorang dua member lelaki yang kalau buat lawak,semua perempuan gelak tetapi anda merasakan lawak tu sebenarnya sangat2 bangang,ada kan?

Katakanlah,ada 12 orang,6 lelaki,6 perempuan lepak sekali.Kemudian salah seorang member lelaki anda itu membuat lawak dan semua gadis2 manis itu tergelak berguling-guling padahal member2 lelaki yang selebihnya sependapat dengan anda,lawak tu takde kualiti langsung dan anda merasakan anda best sebab anda sependapat dengan geng-geng lelaki anda yang maskulin gila.Apakah kelebihan lelaki itu berbanding geng anda yang macho itu?Kelebihan dia,dia satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan member2 perempuan anda bergelak ketawa tapi anda?

Walaupun anda merasakan bila anda berada dalam kumpulan majoriti menunjukkan anda best tetapi perempuan mudah tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa.Jadi,turunkan ego anda dan cuba belajar lawak2 yang disukai oleh perempuan kerana anda perlu sedar,lawak2 yang disukai oleh golongan lelaki sangat2 lah tidak disukai oleh kaum perempuan sebab lawak kita kasar gila.

Cubalah sekali,ketepikan perasaan geng2 lelaki anda dan cuba tarik perhatian kaum hawa dengan lawak2 pasal anak kucing,baby atau handbag.Jangan hiraukan pandangan geng2 lelaki anda.

5. Cuba belajar menjadi romantis

Ini adalah benda yang paling susah hendak dibuat oleh aku sebab jiwa aku yang keras dan kasar ini membuatkan aku selalu mencarut keseorangan bila teringat balik ayat2 cinta dan kasih yang pernah aku luahkan untuk memikat si dia.Selain itu,pandangan member2 aku yang memandang serong kepada geng2 jiwang kaki gayut telefon sehinggakan suara pun bertukar lembut dan manja membuatkan aku geli nak belajar menjadi seorang lelaki yang sesuai untuk bercinta.

Pedulikkan pandangan rakan sebaya anda yang menggelarkan anda mat jiwang atau mat bunga.Cuba latih diri anda untuk menuturkan frasa2 romantik seperti "Saya sayang awak" atau "I miss u" di depan cermin sehinggalah anda merasa tidak wujud langsung perasaan malu ketika berbuat demikian.

Cara yang paling baik untuk melembutkan jiwa anda adalah dengan menonton filem2 komedi romantis seperti "You've Got Mail","Sleepless in Seattle","When Harry Met Sally" atau apa-apa filem yang ada nama Meg Ryan satu masa dulu.Jika anda mahukan rujukan filem yang lebih funky dan muda,sila tonton "10 Things I Hate About You" dan tengok macam mana perubahan watak Heath Ledger (RIP) dalam filem tu,daripada seorang yang berfikiran "GIRL SUCKS" bertukar kepada seorang mat jiwang yang berbunga-bunga.

..........

Satu masa dulu aku dan 2 orang member aku menggunakan frasa "Girl Suck" setiap kali nampak member kitorang bergayut dengan awek.

Bila difikir-fikirkan balik sekarang ni,perempuan itu tidak suck.Sepatunya ayat tema kitorang berbunyi "Girl Hate Us Because We Sucks". Sebab ego punya pasal (dan takde awek nak kat kitorang) membuatkan kitorang menipu diri sendiri mengatakan Girl Suck.Padahal kitorang yang tak indah di mata perempuan.Jadi,tunggu apa lagi,tingkatkan keyakinan diri anda dan belajarlah menjadi romantis dan caring,sebab itu aje cara untuk anda mendapatkan bakal teman hidup anda.

Jangan ego untuk berubah.Ganas2 macam mana pun,balik rumah anda makan nasik jugak.


                                                     tolong jangan contohi kartun di atas ini




source-cursingmalay.blogspot.com

No comments: