Search This Blog

Monday, January 24, 2011

Yay! Malaysia Dipuji Sebagai Sebuah Negara Islam Yang Maju dan Rakyatnya Berpendapatan tinggi.

LABIS, 21 Jan. - Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. - Bernama


............

Ok sekarang kita pause kejap... WA(gua) TERPARK? 
Korang ni.... bow dough ke?
Hillary Clinton tu Islam ke?
Korang tak terfikir ke benda yang dia cakap tu pujian ke sebaliknya?


Adakah benda ni pun korang nak menjadikan sebagai satu konspirasi?
Maklumlahh, pilihanraya dah dekat

Hillary tak pakai tudung, Rosmah tak pakai tudung.
Bagus la gitu, orang Amerika akan kata "Ini baru lah Islam yang tak membahayakan(untuk kita?)"
Kalau extreeme tu Islam jahat, sebab tu Amerika tak geng.
Takleh pakai tudung, yang pakai tudung ni busuk, tungkik, tunyit, puit tunyit, mesti sorok bom bawah tudung.
Islam sekarang kene la ikut style Amerika dari segi hiburan, politik dan paling penting hidup.
Baru la geng ngan Amerika

Korang memang terbaek la. Naik nama Malaysia kat mata dunia. Fuhh! Tapi aku pelik la, asal aku tak pernah nampak orang kerajaan punya kesalahan kat dalam tv atau corong2 radio?


P/S: Aku malas nak start bab "berpendapatan tinggi" da kul 3:30 pagi. nak tido

No comments: