Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

Tips untuk menekel awek dari orang yang tak reti bercinta

Aku memang tak reti bercinta. Dalam seumur hidup aku, aku pernah bercinta yang dibalas sekali dan cinta yang tak dibalas sekali. Tetapi, aku selalu perhatikan mereka yang sedang bercinta. Aku gak selalu perhatikan member2 aku yang baru nak tekel awek. Jadi berdasarkan pengalaman aku, aku ingin menyampaikan amanat kepada mereka2 yang lonely seperti aku satu masa dulu supaya jangan putus asa.Jangan putus harapan.
Ini adalah langkah2 yang perlu diambil oleh anda :


1. Aim lower!

Semua lelaki nakkan wanita yang fabulous ala-ala Intan Ladyana dan masalahnya bila nak tekel awek,anda pegi carik awek yang iras2 Intan Ladyana.Salah tu!

Teknik yang betul adalah membina perasaan konfiden dalam diri anda untuk bercakap dengan kaum hawa.Aku mulakan latihan aku dengan flirting2 dengan Kakak food court MMU dulu atau mana-mana makcik/adik cleaner yang ada.Ini untuk membiasakan anda bercakap dengan gadis.Bila anda mendapati wujudnya tanda2 flirting anda dibalas,maksudnya anda sudahpun berjaya untuk ke tahap yang seterusnya.Masa aku dulu,training aku ikut peringkat macam ni :
Kakak food court> Makcik Guard> Awek yang pakai spect kat Mek Siam

Percayalah cakap aku,jika kita aim lower,kita akan hilang rasa gugup untuk menekel awek.

2. Cuba tekel pondan/lelaki

Jika perempuan mengatakan seorang lelaki itu sangat kacak,itu adalah perkara biasa.Tapi,katakanlah,jika lelaki lain mengatakan anda kacak,itu bermaksud anda memang sangat hensem sebab itu dah melawan arus normal.Jika mahu pengiktirafan yang lebih tinggi,cuba buatkan kawan baik anda yang normal dan sama jantina jatuh cinta dengan anda.

Kalau anda berjaya buatkan seorang lelaki normal suka kepada anda,sudah tentulah tiada masalah bagi anda untuk cuba mengorat gadis-gadis di jalanan.

3. Fahami pepatah ini,"Cinta itu buta" dan "cinta tak mengenal rupa"

Jika anda betul-betul mengerti maksud pepatah ini,sudah pastilah anda sedar,perempuan mahukan lelaki idaman mereka tetapi bila berkata mengenai cinta,perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki macam mana yang diorang dapat.Walaupun anda tidak mempunyai rupa yang ala-ala Brad Pitt atau Jehan Miskin,tidak mengapa,jangan risau,fahami pepatah itu sedalam-dalamnya dan sudah pasti akan timbul keyakinan dalam diri anda.

Satu aje pesanan aku! Jangan sesekali anda menyedapkan hati member2 anda yang mengalami masalah mendapatkan cinta dengan pepatah di atas kerana jika pepatah itu sebutkan oleh seorang lelaki kepada lelaki lain,atau oleh seorang perempuan kepada perempuan yang lain,ini akan melukakan hati mereka dan mungkin juga melukakan bibir anda.

4. Belajar Menjadi Seorang Yang Tidak Disukai Lelaki Lain

Mungkin kurang jelas maksud aku tu,tapi cuba tengok dalam circle kawan2 anda,mesti ada seorang dua member lelaki yang kalau buat lawak,semua perempuan gelak tetapi anda merasakan lawak tu sebenarnya sangat2 bangang,ada kan?

Katakanlah,ada 12 orang,6 lelaki,6 perempuan lepak sekali.Kemudian salah seorang member lelaki anda itu membuat lawak dan semua gadis2 manis itu tergelak berguling-guling padahal member2 lelaki yang selebihnya sependapat dengan anda,lawak tu takde kualiti langsung dan anda merasakan anda best sebab anda sependapat dengan geng-geng lelaki anda yang maskulin gila.Apakah kelebihan lelaki itu berbanding geng anda yang macho itu?Kelebihan dia,dia satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan member2 perempuan anda bergelak ketawa tapi anda?

Walaupun anda merasakan bila anda berada dalam kumpulan majoriti menunjukkan anda best tetapi perempuan mudah tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa.Jadi,turunkan ego anda dan cuba belajar lawak2 yang disukai oleh perempuan kerana anda perlu sedar,lawak2 yang disukai oleh golongan lelaki sangat2 lah tidak disukai oleh kaum perempuan sebab lawak kita kasar gila.

Cubalah sekali,ketepikan perasaan geng2 lelaki anda dan cuba tarik perhatian kaum hawa dengan lawak2 pasal anak kucing,baby atau handbag.Jangan hiraukan pandangan geng2 lelaki anda.

5. Cuba belajar menjadi romantis

Ini adalah benda yang paling susah hendak dibuat oleh aku sebab jiwa aku yang keras dan kasar ini membuatkan aku selalu mencarut keseorangan bila teringat balik ayat2 cinta dan kasih yang pernah aku luahkan untuk memikat si dia.Selain itu,pandangan member2 aku yang memandang serong kepada geng2 jiwang kaki gayut telefon sehinggakan suara pun bertukar lembut dan manja membuatkan aku geli nak belajar menjadi seorang lelaki yang sesuai untuk bercinta.

Pedulikkan pandangan rakan sebaya anda yang menggelarkan anda mat jiwang atau mat bunga.Cuba latih diri anda untuk menuturkan frasa2 romantik seperti "Saya sayang awak" atau "I miss u" di depan cermin sehinggalah anda merasa tidak wujud langsung perasaan malu ketika berbuat demikian.

Cara yang paling baik untuk melembutkan jiwa anda adalah dengan menonton filem2 komedi romantis seperti "You've Got Mail","Sleepless in Seattle","When Harry Met Sally" atau apa-apa filem yang ada nama Meg Ryan satu masa dulu.Jika anda mahukan rujukan filem yang lebih funky dan muda,sila tonton "10 Things I Hate About You" dan tengok macam mana perubahan watak Heath Ledger (RIP) dalam filem tu,daripada seorang yang berfikiran "GIRL SUCKS" bertukar kepada seorang mat jiwang yang berbunga-bunga.

..........

Satu masa dulu aku dan 2 orang member aku menggunakan frasa "Girl Suck" setiap kali nampak member kitorang bergayut dengan awek.

Bila difikir-fikirkan balik sekarang ni,perempuan itu tidak suck.Sepatunya ayat tema kitorang berbunyi "Girl Hate Us Because We Sucks". Sebab ego punya pasal (dan takde awek nak kat kitorang) membuatkan kitorang menipu diri sendiri mengatakan Girl Suck.Padahal kitorang yang tak indah di mata perempuan.Jadi,tunggu apa lagi,tingkatkan keyakinan diri anda dan belajarlah menjadi romantis dan caring,sebab itu aje cara untuk anda mendapatkan bakal teman hidup anda.

Jangan ego untuk berubah.Ganas2 macam mana pun,balik rumah anda makan nasik jugak.


                                                     tolong jangan contohi kartun di atas ini




source-cursingmalay.blogspot.com

Women

Be careful if you make a women cry because God counts her tears.
A women came out of the rib of man, not his feet to be walked on, nor his head to be superior over; she came from his side to be his companion, under his arm to be protected, and next to his heart to be be loved.

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?

Aku pernah ditanya kawan aku,"Tak malu ke couple dengan perempuan yang  pakai tudung labuh,baju kurung je setiap masa?Kau tak rasa segan ke dengan kawan2 kau nanti.Dah la kau dipenuhi dengan orang2 tak berapa reti pakai baju? "

Aku tak berapa reti nak yakinkan dia masa tu yang aku takde rasa malu apa-apa pun.Jadi,aku menulis artikel ni untuk cuba mengolah alasan dan idea yang boleh aku gunakan untuk meyakinkan dia.

Sebagai seorang lelaki yang normal dan kadangkala abnormal,aku selalu membuka mata aku LUAS2 bila aku berjalan.Tujuan aku membuka mata luas2 apabila berjalan adalah kerana aku suka melihat lurah dada yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling.Apatah lagi bila yang menunjukkannya adalah gadis Melayu kerana pada pandangan aku yang sangat konservatif,gadis Melayu terkenal dengan adab sopan dan gaya yang suci murni,membuatkan agak susah untuk melihat dada gadis-gadis Melayu.

Tetapi kini idak lagi,aku tidak lagi perlu membuka mata luas2.Kadang-kadang apabila mata aku tidak ingin melihat tubuh gadis Melayu,akan adalah seorang dua gadis Melayu yang berpakaian agak menjolok mata tiba-tiba muncul di depan mata aku.Seolah-olah syaitan tahu benar keinginan tersembunyi aku.Selalunya bila muncul gadis2 Melayu yang seksi di depan mata aku,kebiasaannya akan adalah teman lelakinya yang bergaya agak stylo ala-ala pengunjung kelab malam,dengan rambut berwarna emas dan rantai,gelang yang sangat bling-bling.

Dan lelaki itu tersenyum bangga mempamerkan gadis yang rapat dipeluk pinggangnya.

Naluri aku yang sentiasa suka mencari gaduh akan pantas merayap ke dada atau peha gadis itu membuatkan teman lelakinya perasan lalu merenung aku.Marah muncul di muka,hilang riak bangga di bibir tadi.

Apa kebangang nya sifat kau itu mangkuk?

Kalau ikut sifat aku,aku pun nak gadis yang SUPER SEKSI sebagai peneman hidup.Aku pun tentu akan rasa gembira jika tahu teman wanita aku mempunyai ukuran badan 34DD - 24 - 26.Tapi itu semua untuk aku.Bukan untuk pandangan umum.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal tadi,semua lelaki mahu wanita istimewa mereka seksi.Tetapi mereka marah apabila ada mata-mata pervert yang menjeling ke arah tubuh teman mereka?

Kenapa nak marah?Kau yang bagi dia tunjuk!

Jika anda,seorang wanita dan malangnya,menjadi isteri aku,aku akan pastikan :

1. Bila anda keluar rumah,JANGAN HARAP ANDA BOLEH MEMBUKA AURAT

2. Tudung di pakai untuk cover muka dan DADA.Bukan untuk dilit dekat bahu.JATUHKAN TUDUNG ANDA dan TUTUP BUAH DADA ANDA sebab itu untuk aku dan baby kita nanti.

3. Segala pakaian yang menampakkan tubuh,ketat dan mampu merangsangkan nafsu hanyalah boleh dipakai kemudian dilihat oleh aku dan aku sahaja.

4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

5. Segala perbuatan seksi,manja,geli,pervert,romantik dan segala-galanya yang berkaitan hanyalah boleh dilakukan di depan mata aku.

6. Last sekali,biasa2 kan lah pakai baju kurung bila keluar.Baju kebaya adalah diharamkan apabila keluar dari rumah,sebab aku suka tengok perempuan pakai baju kebaya.

7. Kenapa nak malu pakai tudung labuh?Kenapa nak malu pakai baju kurung?Takde sebab seseorang perempuan itu perlu rasa malu bertudung.Ada sesetengah perempuan yang jumpa,asalannya tak pakai tudung adalah sebab PANAS.Tudung mesti setiap masa di kepala.Bila dah masuk rumah dan kunci pintu,tutup tingkap,nak bukak tudung bukak lah.Nak bukak semua pun lagi digalakkan.Nak sidai baju kat luar?Pakai tudung!

Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?




source- cursingmalay.blogspot.com