Ok, semua orang tahu yang aku telah mendumpkan diri aku sendiri baru-baru ni. Sebenarnya aku agak bersyukur berbuat demikian kerana aku telah memperoleh beberapa kuasa baru (muahaha). Anyway, sebab ramai orang tanya camne nak mengubat hati frust bercinta,aku tak reti nak tulis mcm mana tapi aku tulis aje la secara generalnya mcm mana nak recover hati daripada perasaan frust.
1. Jangan biarkan diri anda berseorangan
Bila anda berseorangan,anda akan mudah terkenang kembali benda2 yang pernah berlaku
2. Buat sesuatu yang mengisi masa anda
Kritikal sewaktu sedang frust adalah memastikan anda mempunyai sesuatu yang mampu mengisi masa anda.Tengok TV,tengok movie,kumpul setem dan sebagainya.
3. Fokus kepada kerja/study
Ini adalah salah satu cara yang paling banyak dipraktikkan ramai.Fokuskan kepada kemajuan kerja anda.Jika sebelum ini anda tidak gila pangkat atau kuasa,jadikan diri anda gilakan kuasa.Stayback dekat ofis.Masuk pilihanraya kampus.
4. Ubah cara hidup
Selepas bercinta dalam satu tempoh yang agak panjang,ada kemungkinan timeline hidup anda dah terbentuk rutin dia.Kalau selalunya pukul 11 malam anda telefon awek/boifren anda,apa kata tiap2 pukul 11 malam anda pegi merempit.
5. Sorok semua benda yang menggamit memori
Ada gambar dalam wallet?Dekat dinding?Dekat pintu?Dalam bilik air?Cabut semua,sorok.Ada nota2 cinta atau log chat dekat Facebook?Copy masuk notepad,sorok.
6. Un-Friend Dia Daripada Facebook
Susah nak melupakan seseorang bila tiap2 hari anda akan terbaca status update dia,jadi,buang dia drpd friend list anda.Add balik dia sebagai friend bila anda dah dapat boifren atau gelfren untuk menunjuk-nunjuk.
7. Ubah Identiti Lelaki/Wanita Idaman Anda
Jika sebelum ini anda mencari lelaki ala-ala Remy Ishak atau wanita macam Nora Danish,mungkin tiba waktunya anda menurunkan benchmark anda atau mungkin juga anda perlu sedar diri yang anda tidaklah sehebat mana seperti yang anda jangkakan.
8. Kurangkan membaca/tengok cerita cinta
Pegi tengok kedai buku,ada berapa ribu judul buku cinta.Masyarakat kita sangat2 menyukai benda mcm tu.Jika anda salah seorang daripada mereka yang suka dibuai mimpi itu,hentikan.
9. Dekatkan diri dengan keluarga dan Tuhan
Aku rasa aku tak perlu explain benda ni.
10 . Tengok "How I Met Your Mother"
Tengok lah sitcom tu.Ingat senang ke nak dapat isteri?Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda.
11. Ingat ayat ni,Tuhan Dah Tetapkan Jodoh Kita
Ingat dan yakin.
source-cursingmalay.blogspot.com
1 comment:
good tip he3..nak gi merempit lah lepas nih...
Post a Comment