Sebelum bermain mercun kita kene tahu a few jenis mercun yang femes gilerrwww(au!) kat Malaysia ni.
i. Mercun Katak.
Danger Meter: 3/5
Apa yang buat mercun ni femes, bila bakar mercun ni akan start lompat2 so ready2 la kalau menatang ni lompat dalam kain batik or poket baju melayu(yes it can jump thaat high)
ii.Mercun Tebuan.
Danger Meter: 3.5/5
Yang speselnya mercun ni, bile bakar it will make that buzzing sound(urban legend) and will start kejar orang, how to avoid it? Senang je, jangan main.
iii.Mercun Mancis.
Danger Meter: 1/5
Mercun ni takde pape yang spesel pon, but I guess it is easy to handle so ramai yang suka main.
iv.Mercun Gasing.
Danger Meter:1/5
Biasa kalau dalam kampung, ini adalah mercun2 yang dimain oleh geng2 gadis hot kampung/ geng2 Kak Sepet Kampung Tok Loyeh.
v. Mercun Pop Pop
Danger Meter: 0.5/5
Mercun(mercun ke?) yang biasa dimain oleh adik-adik yang belum capai puberti lagi.
vi.Mercun Das.
Danger Meter:1/5
Mercun ni biasa diberi oleh abang-abang pada adik-adik untuk menembak ke arah langit sambil nyanyi lagu duhai bonda duhai ayahanda nyanyian mamat. Sebenarnya terdapat satu agenda rahsia oleh abang-abang iaitu tujuan menembak ke langit adalah sign yang menyatakan "silalah target kami"
And now, kita masuk kategori mercun-mercun yang dimain dalam perlawanan-perlawanan sahabat kampung antara kampung atau perlawanan Arena Perang Mercun antara kampung-kampung. Terma-terma counter strike akan digunakan di dalam eksplanasi ini.
P/S: Sila pastikan umur anda adalah lebih dari 15 untuk mengelak daripada kecederaan.
i. Mercun Bola
Danger Meter: 4.4/5
Yang biasa main mercun ini adalah anak-anak sulung dalam setiap keluarga. Kebiasaannya satu keluarga akan menghantar seorang wakil untuk menyertai perlawanan mercun kampung ke kampung. Bagi player2 CS mercun ini bagaikan B.2-1 tetapi boleh dikenakan pada jarak jauh.
ii.Mercun Telor
Danger Meter:4/5
HAHA ini adalah B.8-4 di dalam CS ataupun juga dikenali sebagai High Explosive Grenade. Biasanya bilangan mercun telor di dalam ammunition adalah kurang kerana bunyi letupannya yang kuat.
iii.Mercun Ketupat
Danger Meter: 4.6/5
Mercun Ketupat, juga dikenali sebagai Mercun Pengejut Subuh untuk Kampung Sebelah. Yes, kampung sebelah. Mercun ini susah didapati dan kerana itulah tercipta sebuah urban legend yang mengatakan 'Mereka yang mempunyai hati yang tulus saja dapat memegang mercun ini' WTF.
iv. Mercun Roket.
Danger Meter: 3.5/5
The reason why mercun ini termasuk pada list ammunition perang adalah kerana mercun ini boleh di target menggunakan botol kaca loncan atau tin-tin milo berlebihan dan itu adalah sesuatu yang awesome.
v. Mercun Thunder Clap
Danger meter: 4/5
Mercun ini adalah seperti sniper Magnum atau dikenali sebagai B.4-6 dan seperti CS mereka yang biasanya in charge of this mercun akan jadi camper atau bahasa senangnya menyorok di suatu sudut untuk mentarget ketua operasi kampung sebelah.
vi.Mercun papan
Danger Meter: 2.5
Mercun ini hanya digunakan untuk provokasi atau memanaskan line je. Walaupun bunyi letupannya tidak kuat, tapi memang cukup panas kerana letupannya bertubi-tubi. Sama macam bila mak korang suruh buang sampah, idai baju, lipat baju atau etc. Selagi tidak dibalas selagi tulah berbunyi.
vii. Meriam Buluh.
Danger Meter: 10/5
This is it. The Black Mamba. The Eater of The World. The Os in Doom. The T in Hang Tuah. The Alpha and The Omega. Whoever in possession of these bad ass is in control in any game. Kalau korang tengah syok-syok baling any mercun listed above the tibe-tibe rasa getaran pada bumi yang dipijak walah langit yang dijunjung. Silalah berhenti secepat mungkin dan menyorok di bawah selimut.
Bila tengok list-list ni teringat time-time dulu bile perang2 dengan orang lain main mercun. Tapi time tu aku hanya dibenarkan lontar mercun mancis, gasing dan mercun das. What to do, aku anak ke-4 dan hanya anak sulung je boleh menjadi wakil keluarga untuk berperang.
No comments:
Post a Comment