Search This Blog

Wednesday, August 15, 2012

Abang-abang ketat

Aku ni sejak masuk geng-geng kulinarian ni agak partikular sikit lah bila makan di mana-mana restoran. Bila makan nasi goreng mana-mana kedai dulu tu rasa sedap terus jadi hangout spot punye. Tapi kini tidak lagi, hati ku lara lidah ku duka. Satu suapan makanan yang masuk mulut kompem-kompem sepuluh tomahan dan cacian akan keluar. Tapi semestinya komplen-komplen tu dikongssi dengan diri sendiri je. Daging patut masak camni la, sayur patut potong camtu la. Komplen banyak tapi makanan dalam pinggan tetap habis(that goes without saying ahh)

So bile jumpe satu tempat makanan yang bile aku makan tu cam terdiam, then sambung makan cam biasa memang sedap la jadi hangout spot. Sejak dapat pangkat Residen NR UiTM Dungun(Residen Non Residen dafuq) banyak restoran di dungun ni yang sudah di-try. Jumpa lah satu kedai yang hanya dipanggil Kedai Melati yang berada berdekatan dengan rumah sewa aku. Tapi slacknya di situ, service-nye agak gampang gitu.

Di saat anda tarik kerusi dan duduk, seorang waiter akan datang dan tanpa berkata apa-apa akan tunduk, letak kertas order di atas meja dan bersiap sedia untuk amek order tanpa berkata apa-apa. Dah habis dia salin order terus blah tup tap tup tap order pon smpai, dia letak blah. Dah habis makan kita kena gi cashier cakap kat cashier kita order apa, dia pon kira-kira kat kalkulator lalu menunjuk harga yang perlu dibayar kat kita. Semua aktiviti ini dilakukan tanpa pekerja diorang berkata apa-apa mahupun memandang ke muka kita. Korang bayang sndiri lepas 2 bulan lepak kat kedai ni aku baru tau diorang ada masakan panas, ingatkan ada nasi lemak je(Kedai ni punya nasi lemak femes gilerww)

Camne nak dapat regular customer gini, adakah mereka dipaksa kerja atau itu adalah mogok yang dilakukan terhadap owner kedai, biar customer lari. Ke diorang dah banyak sangat untung, smpai duit terpaksa dibakar, dijadikan rumah kucing dan katil. Kalau dalam kesempatan aku dapat tangkap gambar muka abang-abang ketat ni akan ku upload dan jadikan background blog ini. Well that's all for today, nak gi lepak kat kedai nasi lemak jap :D


No comments: