Search This Blog

Sunday, May 8, 2011

    "Itu ajelah yang awak pandai buat. Nak harap ke tolong ibu masak, ibu kemas rumah takde pulak." Mana aku tak panas bila dengan mak aku cakap macam tu. Mungkin niat dia nak nasihat aku, Tapi kenapa perlu macam tu sekali? "Awak ni tiap-tiap hari macam ni, memang kerja awak nak buat perangai ke?! Kalau macam ni... TAK PAYAH ADA ANAK PUN TAKPE!" Yang ni pulak ayat bapak aku. Ya aku tau, memang aku selalu menyusahkan mak bapak aku. Tapi cuba sesiapa mengaku yang dia masih lagi boleh berdiri dengan biasa, duduk dengan biasa atau hidup dengan biasa lepas dengar bapak sendiri keluarkan ayat macam tu.


      Pernah sekali aku melenting mengamuk macam kena rasuk, satu rumah aku maki. Termasuk ibu bapa aku sendiri. Aku takkan lupa sesaat pun. Ibu dan ayah tergamam, terpaku dengan aku. Kakak aku menangis dan adik aku yang cuba menghentikan aku pengsan dipukul. Mujur abang aku ada disaat perkara tersebut berlaku. Dia lah yang menyedarkan aku. Aku takkan lupa ayat yang dia keluarkan, sampai bila-bila aku takkan lupa. "Kenapa kau nak mengamuk. Cuba kau tanya pada diri kau sendiri berapa banyakkah yang dah ibu dan ayah berikan, korbankan untuk kau." Aku terdiam, dan sedikit demi sedikit aku tersedar. Apa yang tengah aku buat ni? "Memang kadang-kadang ayah cakap tak fikirkan hati kita. Memang kadang-kadang ayah tengking, pukul kita. Tapi cuba kau fikir elok-elok dia ada hak nak buat semua tu! Dia kasi kau makan, dia kasi kau rumah, dia kasi kau duit. Kau? Kau kasi dia apa?!" 


     Aku terdiam. Aku buntu, kenapa? kenapa aku mengalah pada nafsu diri dan menengking sekeluarga aku? Celaka kau syaitan, celaka kau nafsu dan celaka diri ku sendiri. Tepuklah tangan para syaitan kerana kau telah berjaya menghancurkan hubungan aku dan keluargaku. Aku lari, menuju ke pintu utama rumah aku. Aku tak layak lagi untuk tinggal di rumah ini. Aku tak layak diberi pertolongan oleh ibu dan bapaku. Aku adalah anak yang derhaka. Disebabkan aku, ibu telah menitiskan air mata. Aku telah memukul ahli keluarga sendiri. Belum sempat aku melarikan diri, ibuku yang telah aku lukai menahanku dengan berdiri di depan pintu. Aku cuba menolaknya ke tepi tetapi dia mengeraskan badan, tidak mahu berganjak. "Ibu, tumpang lalu" suara ku teresak-esak. "Tak nak" ibuku menjawab. "Ibu, tumpang lalu" kataku lagi sambil menahan air mata yang sudah terkeluar. "Tak nak" ibuku menjawab dengan jawapan yang sama. "Ibu, tumpang lalu" kataku tetapi buat kali ini, air mataku sudah tidak tertahan lagi. Aku menangis. Ibu juga begitu, buat kali ketiga dia menjawab dengan satu pelukan yang bagiku, pelukan yang paling ku sukai. Aku dan ibu mengangis sekuat-kuatnya di depan pintu rumah. 


      Di dalam keadaan begitu aku teringat kata-kata abangku yang diberitahunya padaku dua hari lepas. Kami berperang mulut kerana kami ingin membuktikan antara kami berdua, siapakah yang lebih banyak diberikan hadiah oleh ibu dan ayah. Kalau diikutkan, akulah yang lebih mendapat hadiah dari abang kerana aku lebih kecil. Tetapi abang asyik berkata bahawa dia telah mendapat satu hadiah yang sangat besar hingga semua hadiah yang telah ku dapat tidak setanding dengan hadiahnya. Sehari suntuk aku memikir apakah hadiah yang dimaksudkan. Tanpa henti aku bertanya pada abangku apakah hadiah yang da maksudkan hingga malam suntuk. 


       Akhirnya dia menjawab soalanku. "Kau tahukan. Aku bukanlah seorang anak yang baik untuk ibu dan ayah. Aku selalu menyusahkan ibu dan ayah. sepanjang 20 tahun aku hidup di atas muka bumi ni. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku senangkan hidup ibu dan ayah. Dan kau juga tahukan bagaimana ayah selalu melayan aku? Menengking, maki, pukul. Semua itu perkara biasa. Kau dilahirkan lambat dari aku dan kakak kau. Ayah sudah tua, dia tidak lagi memukul kau sama dengan dia pukul aku dan kakak kau." Aku pening. Bukankah aku tanya berkenaan hadiah yang begitu besar buatnya? Mustahil ini adalah hadiah yang dimaksudkannya? "Kau ingatkan? Majlis Konvokesyen aku 2 tahun lepas?" Aku mengangguk, walaupun aku tidak ada di majlis tersebut tetapi ibu dan ayah pergi. "Di majlis tersebutlah aku menerima hadiah yang takkan aku lupakan sampai ke liang lahadku." Aku cuba mengagak, adakah ayah telah berjanji bahawa dia akan menghadiahkan sebuah kereta tidak, sebuah rumah pada abang? "Aku masih ingat lagi, bagaimana ia rasa. Ibu dan ayah serentak memelukku setelah ku menerima sijil yang mengatakan aku telah menamatkan pelajaran tahap diploma. Bolehkah kau bayangkan bagaimana perasaan aku pada hari itu? Aku yang tidak pernah menyenangkan hati mereka. Aku yang tidak pernah mendengar kata mereka. Aku yang selalu mencipta masalah untuk mereka? Bolehkah kau bayangkan? Serentak ibu dan ayah memelukku, ayah juga berkata bahawa dia bangga untuk mendapat anak seperti aku. Bolehkah kau bayangkan?"


     Aku menangis serentak apabila abang aku berkata bayangkan. Mungkin kerana aku sedar yang aku juga tidak jauh perangai jika dibanding kan dengan abangku. Di saat itu juga, aku telah berazam. Berazam untuk mengeluarkan kata-kata yang sama dari mulut ayahku sendiri. Di mana-mana aku berada aku tetap berpegang teguh pada azam ku ini. Kerana aku tahu, setelah aku mendengar perkataan tersebut 70% dari hidupku telah sempurna. Mungkin ada yang berkata aku sudah biasa atau kau ni hanya bermimpi aja. Ada masa aku terasa hati juga dengan kata-kata mereka. Tapi tanpaku sangka, kini aku sedang menulis tentang azamku ini untuk memberi cikguku baca dan mungkin rakan-rakan sekelas baca. Selamat Hari Ibu ibu ku yang tercinta.

Karangan ni aku terjumpa dalam internet. Ditulis oleh budak cina yang berumur 16 tahun. Aku dengar cerita ramai yang baca ni nangis. Aku baca ni ada la sikit rasa sebak, maybe sebab aku pun ada buat salah kat mak aku. Maybe jugak sebab situasi ni macam aku pernah lalui dalam hidup aku. Yang korang kat luar tu, da baca jangan nak poyo kata takde kesan kat hati. Koya gangster ah tu? Gangster mana sangat korang, balek umah nanti makan nasi gak sama cam aku. Puih. Aaaanyway, Love you mom. And dad too :P


If you all wonder what mom's doing. She's trying to make
my head look connected to the body at the shirt I'm wearing

The King of Kings. Yeah.. they call u that when you're the 
King of Burgers

My mo- wait. WHO THE FRIGGIN PIE IS THIS


No comments: